Menoleh ke dalam diri, saya melihat sesuatu yang positif. Setiap manusia Allah ciptakan ada pelbagai kelebihan yang terdapat di dalam diri. Usah perkecilkan kebolehan diri. Ingatlah setiap diri merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Unik - tidak ada seorang pun yang boleh menyerupai diri kita. Misal yang paling mudah ialah cap jari tangan manusia - pastinya tidak akan sama antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan perkara-perkara yang lain. Kita tetap menpunyai identiti unik yang tersendiri.
Diingatkan juga terutamanya diri sendiri, buatlah sesuatu kerana Allah, bukan kerana mahu mencari publisiti murahan atau seseorang yang popular. Popular akan datang sendiri jika ia benar-benar berkualiti. Alangkah baiknya jika menjadi popular itu dapat menarik orang kepada Islam, menarik orang kepada keimanan.
Ingin melahirkan daya kreativiti sendiri, saya memilih 'Rencah Kehidupan' sebagai tajuk utama pada blog ini :-
(zuhriahmohamadjuoi2.blogspot.com)
Orang kata mencuba dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Harap percubaan ini berjaya dalam menaikkan rating blog. Nampak gaya ia membuahkan hasil yang baik. Alhamdulillah...syukur kepada Allah.
Saya selalu ingat perkataan firman Allah ini dan ia menjadi panduan saya bila menghadapi waktu-waktu susah. Pasti sesudah susah dan ada senangnya.
"bahawa bersama kesusahan disertai kemudahan."
(Surah al-Insyirah :6)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan