Masing-masing sudah berpakaian ihram, baru hendak bermesra dan menyesuaikan diri.
Selesai makan, menunaikan solat jamak berhampiran surau yang berdekatan. Fuh...untuk menunggu mendapatkan tandas terpaksa menunggu agak lama, terserempak dengan rombongan jemaah Turki dan lain-lain. Sabar dan sabar. Ujian sudah bermula.
Ketika ini rombongan jemaah sudah terpisah-pisah kerana orang ramai dan tidak berapa kenal bas, di mana ia berada. Lagipun ketika ini hari menjelang malam. Matapun masing-masing sudah agak keliru.
Saya mengambil peluang menunggu dan mengumpulkan jemaah yang ada di sudut surau dan memulakan perjalanan menuju bas yang sedia menunggu. Jemaah dapat dikumpulkan semula. Peluang yang ada, maka terakamlah gambar ini. Alhamdulillah. Kasih sayang Allah sentiasa di sisi para hamba-Nya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan