Rabu, Mac 20, 2013

Sana Sini - LADANG UNTA



Tiba di ladang unta Hudaibiah. Lihat tu! Peladang Arab Badui sudah bersedia dengan seperiuk besar susu unta. Botolnya lebih kurang muat 300ml susu unta. Harga SR5 sahaja. Turun sahaja dari bas saya terus beli 2 botol. Hadiah kepada orang lain sebotol. Saya hendak mengelak dari berasak-asak ketika membeli.   

Orang kata minum susu unta bagus. Ada orang tu saya lihat siap sapu-sapu wajahnya dengan susu unta. Oh! Patutlah pipi dan wajahnya licin semacam. Rahsia susu unta rupanya. 

Saya ni pula penakut susu. Sekadar minum susu unta sebagai syarat sahaja. Sudah ke ladang unta, tidak merasai susu rasa tersangat rugi pula. Jadinya dengan menyebut ..bismilllah..saya teguk jugalah susu tersebut. Ehem...sedap..memang sedap. Bila anda pergi ke ladang unta di Hudaibiah ini...anda juga mestilah kena rasa susu unta ini.  

"nyum...nyum...nyummy....lazat penuh berkrim." 
Tambah kapsyen
Keadaan unta yang agak gemuk, berisi, bersih, bulu cantik dan juga jinak, menyebabkan saya berani untuk bergambar. Siap boleh pegang-pegang lagi. Shhh...unta ni baik tau. Patutlah Rasulullah s.a.w dan para sahabat menunggang unta. Memang unta jenis binatang yang baik.   

Lihat tu pada yang bergelar suami. Mungkin dia cakap I love you. Unta pun setuju. Subhana Allah. Maha Suci Allah. Kasih sayang Allah pada semua. Cuma kita ini sahaja yang sedar atau tidak tentang kasih sayang Allah kepada semua para hamba-Nya.  

Tiada ulasan: