"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Isnin, Mac 18, 2013
BUKIT UHUD
Sekitar perkarangan tempat persemadian 70 sahabat yang syahid dan makam Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib semasa Perang Uhud di zaman Rasulullah s.a.w. Iktibar dari sejarah buat kita agar sentiasa patuh kepada pesanan baginda.
Bukit Uhud dari jauh. Dari kejauhan tingkap bas juga saya mengimbau kembali sejarah Perang Uhud. Melihat kegigihan Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjuang menegakkan iman dan Islam sehingga kita dapat mengecapi kenikmatannya pada hari ini.
Mengambil kesempatan untuk bergambar walaupun ketika itu saya rasakan kilauan mentari sangat menusuk mata. Memakai cermin mata hitam adalah jalan terbaik untuk melindungi kilauan terik mentari.
Masih lagi di dataran Uhud. Masa pertama kali saya sampai di bukit Uhud (tahun 2011) saya tidak dibawa ke sini. Bukit Uhud luas, boleh berhenti di mana-mana sahaja yang berhampiran. Kali ke dua saya sempat singgah di kawasan ini, di mana di belakangnya terdapat madrasah Hamzah Abdul Mutalib.
Alhamdulillah...sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur. Dapat sikit syukur...apa lagi jika banyak...lebih-lebih menjadi manusia yang sentiasa mengisi hatinya dengan mengingati Allah. Allahu Akbar. Allah Maha Besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan