Ahad, Disember 09, 2012

MOTIVASI UMRAH 0I MAC - 14 MAC 2013


Alhamdulillah pada 8 Disember 2013 bertempat di rumah Hajjah Norhayati Abdul Karim, Kampung Sungai Penchala telah berlangsung motivasi umrah yang dipimpin oleh Ustazah Normala Ashaari. In sha Allah seramai 20 orang (secara tidak dijangka akan bersama mengerjakan umrah pada 01 Mac hingga 14 Mac 2013). Walaupun lama lagi untuk berangkat tetapi kesempatan yang ada tidak dilepaskan untuk meraih umrah maqbullah nanti.  
  

Para peserta cuba menghayati dan memahami bagiamana mengerjakan rukun umrah dengan cara yang betul.
Rukun umrah: 
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur atau bergunting
5. Tertib   

Praktikal tawaf. Masih lagi tergagap dengan bacaan-bacaan yang perlu disebut ketika istilam Hajarul Aswad, istilam rukun yamani dan lain-lainnya. Masih ada masa untuk terus menambah ilmu dan melakukan persediaan yang lainnya. 


Buat para pembaca yang budiman, adik beradik sekalian, saudara mara, ibu bapa tercinta, anak-anak, suami dan sesiapa sahaja yang mengenali saya, mohon ribuan maaf andainya tersilap bahasa dan tersinggung perasaan. Sesungguhnya saya juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.     
Doakan perjalanan rombongan umrah ini dipermudahkan untuk menjadi tetamu Allah. 

Tiada ulasan: