Assalamualaikum,
Anak-anak yang ummi kasihi,
Didoakan anak-anak berada dalam kesejahteraan dan tenang dalam mengatur kehidupan seharian. Setenang suasana tepi sawah semasa kita ke Kampung Sawah Sempadan.
Bila berjauhan begini, membuatkan ummi sangat rindu pada anak-anak. Ummi bawa rindu ini dengan banyak mengingati Allah. Teringat masa anak-anak di dalam kandungan lagi, ummi selalu mengaji surah Yaasin, surah Luqman, Surah Yusuf, surah Mariam. Maknanya sedari kecil lagi anak-anak ummi telah mengenal suara ummi mengaji. Bila anak-anak ummi sudah besar dan kita pula selalu berjauhan, ummi teringat balik apa surah yang ummi selalu baca untuk anak-anak.
Kini ummi ulangkaji balik surah-surah itu dengan lebih memahami makna terjemahan dan tafsirannya. Banyak sekali pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah surah Luqman, surah Yusuf dan Surah Mariam ini. Insya Allah di masa yang lain akan ummi sambung catatan ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan