Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda. Syukur, alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati keindahan Islam dan seterusnya memperjuangkannya di muka bumi ini.
Pembaca yang budiman;

Bersama penerbit Karya Bestari, saya telah menulis tiga buah buku ke semuanya. Sebagaimana yang dipaparkan itulah tajuk-tajuk bukunya. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan buku yang ke empat ini dan dalam proses penulisan.
Maklum sahajalah menulis buku tidak sama seperti menulis di blog. Di blog, tidak ada editor. Tulis apa sahaja... lepas itu boleh siarkan.
Menulis buku, tulisan perlu ditapis dan disemak oleh para editor. Saya akur dengan pihak editor yang diamanahkan. Mereka lebih tahu kerja mereka. Saya menerima secara terbuka segala teguran yang membina. Dan saya juga menerima ia sebagai cabaran. Teguran menyebabkan saya belajar untuk menjadi penulis yang lebih baik, matang dan cemerlang pada masa akan datang.

Saya memang minat dan suka menulis. Bak kata Datuk Abdul Jalil Ali (diari suami dalam majalah Midi 1 Oktober 2012). "Tiada petua, tiada rahsia, yang paling penting ialah minat 100 peratus. Semua orang boleh jadi penulis."
Adui...bunyinya macam mudah dan senang sahaja. Apa-apa bidang yang diceburi pasti ada ujiannya. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Namun jika berusaha dan bersungguh-sungguh, kejayaan dalam genggaman.
Mengisi masa lapang dengan menulis merupakan satu kepuasan dalam diri. Masa tidak disia-siakan dan disibukkan dengan ilham menulis yang sering datang. Wah! memang seronok aktiviti menulis ni..berbanding memasak. Elakkan menulis hingga terlupa suami di sebelah dan dapur tidak berasap. Nanti merajuk pula si dia...susah pula nak memujuknya.
Setakat ini dulu. Jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan