Selasa, September 18, 2012

HINDARI DOSA.

Dosa terbahagi kepada 3 bahagian . 

1. Dosa kerana meninggalkan pekerjaan yang diwajibkan oleh Allah seperti meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya .  
2. Dosa dengan Allah seperti minum arak, lalai dan melupakan Allah. 
3. Dosa sesama manusia. 

Lapan jenis kesan dosa pada manusia.

1. Sentiasa rasa gelisah dan hidup dalam kesempitan. 
2. Sentiasa terhalang dan sempit rezeki. 
3. Hilangnya ilmu yang diperolehi. 
4. Menumbuhkan kebencian dalam hati manusia. 
5. Semakin jauh dengan Allah SWT. 
6. Hati menjadi keras atau mati. 
7. Disia-siakan umurnya. 
8. Mendapat balasan siksa di akhirat.

Peringatan pada diri, takutlah untuk melakukan dosa walaupun berada seorang diri. Sesungguhnya Allah Maha Melihat, dan malaikat Rakib dan Atid sentiasa mencatat segala amalan yang kita lakukan, sama ada yang baik atau yang jahat. Alangkah indahnya jika sentiasa mengingati perkara ini agar dapat menjadi benteng bila hendak melakukan suatu yang menjadi kemurkaan Allah. 

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."                                     (Surah ali-Imran :102)     

Tiada ulasan: