Isnin, Ogos 27, 2012

UMRAH 01 MAC - 14 MAC 2013

Masjidil Haram, Makkah. 

Assalamualaikum,
Pembaca yang budiman..
Insya Allah saya akan pergi bersama suami, keluarga adik, seorang kakak, kawan-kawan masjid dan saudara mara yang lain. Niat untuk membawa anak-anak masih tidak kesampaian atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun saya panjangkan doa, agar anak-anak dapat juga ke sana suatu hari nanti.

Menunaikan umrah memerlukan keadaan fizikal dan mental yang sihat. Justeru mulai dari sekarang saya perlu memastikan agar kesihatan dijaga dengan baik. Banyak melakukan senaman berjalan kaki dan yang penting menjaga ibadah dan memohon keampunan kepada Allah. 

"Ya Allah kami datang menyahut panggilan-Mu, seusainya berpuasa sebulan Ramadan, fitrah hati sentiasa menginginkan kebaikkan. Permudahkan urusan kami dan bantulah kami ya Allah."       

* Buat pengetahuan pembaca masih ada dua tempatkosong untuk pergi umrah pada 01 hingga 14 Mac 2013 ini, tapi dengan syarat kena cepat bayar wang deposit untuk tempahan. Jika lambat memang terlepaslah jawabnya. 

Tiada ulasan: