Rabu, Ogos 22, 2012

RAYA YANG BAHAGIA.

Salam Syawal yang membahagiakan buat pembaca yang budiman,
Alhamdulillah saya dan keluarga berpeluang untuk berhari raya di Kampung Sungai Rokam Ipoh Perak. Sehari sebelum hari raya saya sudah berada di kampung bersama ke dua ayahanda dan bonda tercinta. Tersenyum dan riang gembira bonda dan ayahanda menyambut kepulangan anak-anak dan cucu-cucu.

Raya pada tahun ini memberi peluang untuk bertemu adik beradik. Daripada kak Norainon, Kak Lamrah, Abang Pahrol, Kak Jasrah, saya sendiri, Umi, Parok, Jariah, Herawati dan Rizal semua bertemu. Cuma seorang sahaja yang tiada iaitu Junaidah dan keluarga kerana mengikut suaminya berhari raya di Sandakan Sabah. 

Raya ke dua pula kami adik beradik berkesempatan untuk pergi merisik dan majlis bertunang adik bongsu kami iaitu Rizal di Bidor. Bertemu semua adik beradik sudah membawa erti yang sangat besar dan kegembiraan pada saya.    
Raya yang membahagiakan, 
Zuhriah Mohamad Juoi.

Tiada ulasan: