Pembaca yang dikasihi,
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih, masih ada yang terus setia dan mencari-cari buku saya TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI. Sokongan ini mendorong saya untuk terus menulis dan menulis.
Bagi pembaca yang berada di Sabah dan Sarawak pula, walaupun jauh terima kasih atas sokongan. Walaupun kita tidak saling mengenali, memadailah anda semua mengenali saya melalui tulisan di dalam buku-buku saya.
Andainya jualan buku semakin mantap dan di luar sana masih ada yang tercari-cari buku saya, tidak hairanlah penulis boleh mencapai tahap jutawan.... Wow! Bukan mudah tetapi tidak mustahil.
Bila Allah kata sudah menjadi rezeki...pasti adalah rezekinya...
Apa yang penting bersyukurlah selalu..rezeki dan nikmat yang Allah berikan sudah terlalu banyak dikecapi. Ingat pada Allah dan patuhlah pada perintah-Nya. Ingat selalu...bila kita menjaga Allah (patuh suruhan-Nya) pasti Allah akan menjaga kita.
Doakan saya, agar dapat terus menulis buku, ada kalanya penulis juga menghadapi dugaan yang menguji ketahanan diri sebagai seorang penulis. Bagi penulis yang berhati cekal..pastinya akan terus menulis walaupun pelbagai halangan di hadapan mata.
Bagi yang lemah pasti akan berhenti di pertengahan jalan. Namun bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah pasti akan meneruskan perjuangan melalui bakat yang telah Allah kurniakan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan