Isnin, Ogos 27, 2012

IKAN DAN KERANG BAKAR.

Kali ini saya ingin mengajak pembaca yang budiman ke Sungai Besar, Selangor. Kami menyerbu ke rumah adik yang sudah lama tinggal di sana. Tinggal berhampiran pantai  memudahkan lagi mendapat bekalan ikan yang masih baru dan segar. Mari kita adakan aktiviti bakar-bakar ikan. Kita meninjau apa yang berlaku... 


Seronok sekali dan kali ini gaya bebas. Tiada protokol dan tiada resmi-resmi. Memang cita rasa kampung. Bebas, selesa dan rasanya saya mengecapi  kemerdekaan yang sebenar.   
Tengok tu siap tak pakai baju lagi. Mungkin panas duduk dekat dengan api. Besar pahala mereka yang membakar ikan...sebab memberi manfaat kepada manusia lain. Terima kasih tidak terhingga kepada Am, Ati dan anak-anak.
Mereka sibuk membakar ikan, saya mengambil kesempatan menunggang basikal. Rasanya sudah lama benar saya tidak berbasikal. Peluang yang ada tidak saya lepaskan. Tapi dah rasa kekok...

Inilah ikan segar dan kerang yang sudah masak dipanggang. Makannya mudah sahaja cicah dengan air asam. Bertambah sedap dan enak bila makan beramai-ramai. Masya Allah. Jangan ada yang terliur sudah ya!  

Mari kita ambil gambar mereka yang sedang khusyuk...soru... soru...ma! Pastinya mereka sudah baca bismillah...dengan nama Allah dan memohon makanan yang penuh berkat.  

Ini sebahagian jemaah yang ada, mereka pasti tidak perasan gambar ini diambil. Sebahagian lagi gambar yang tidak ada di sini, dimaklumkan adegannya sama sahaja... sama seperti gambar di atas...soru...soru...ma!     

Tiada ulasan: