Isnin, Jun 18, 2012

Iktibar Kematian - SOLAT JENAZAH.

Selaku Pengerusi Majlis pada hari itu. 
Salam Sejahtera, 
Sambutan Kursus Jenazah Anjuran Biro Muslimah Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, alhamduillah mendapat sambutan yang hangat daripada peserta kursus. Kehadiran boleh dikatakan lebih kurang 100 orang. Perjalanan kursus dirasakan begitu cepat berlalu. Paling menggembirakan kursus ini tidak ada sesiapa yang mengantuk. Kebetulan pula sedang kursus dijalankan terdapat dua berita kematian berlaku di Kampung Sungai Penchala. 


Ustazah Hajah Sitaton Hj Othman 
Pada hari tersebut, saya sangat bersyukur kerana dapat menimba illmu pengetahuan tentang menguruskan jenazah daripada Ustazah Sitaton yang berpengalaman menghadapi ramai jenazah sebelum ini. 
Ustazah Sitaton seorang yang peramah dan mesra. 

Saya dan peserta yang hadir tidak segan untuk bertanya pelbagai perkara mengenai pengurusan jenazah. Sepanjang perjalanan kursus, suasana hidup  dengan semangat ingin tahu bagaimana menguruskan jenazah. Peringatan buat semua...kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi buat kita yang masih hidup.   


Praktikal mengkafankan jenazah. Sepanjang mengikut kursus ini, peserta ada keyakinan diri untuk turut terlibat mengkafankan jenazah. Sebelum memandikan jenazah, kain kafan perlu disediakan terlebih dahulu.   
Setelah dimandi, dikafankan barulah disembahyangkan. 

Kuasa Allah menentukan segalanya. Sebelum saya pulang ke rumah solat jenazah yang baru diajarkan oleh Ustazah Sitaton  secara teorinya sebentar tadi, terus diamalkan kerana jenazah seorang muslimah yang baru meninggalkan pagi tadi sudah sedia untuk disembahyangkan. Allahu Akbar. Allah Maha Besar.

Pengajaran dan peringatan buat diriku...moga celik mata hati ini untuk sentiasa menjadikan kematian itu suatu peingatan. Ingat mati, tanpa mahu lagi melengahkan waktu-waktu yang tersisa. Bekalan perlu dipersiapkan dengan bersungguh-sungguh. Bekalan yang sebaik-baiknya ialah taqwa. Taqwa dalam erti kata yang cukup luas untuk diamalkan dan dijadikan bekalan.   

Tiada ulasan: