Sekalung tahniah buat Nurfathinah Uzma Saharom. Jika dahulu saya dan suami selama setahun bersabar dalam melayan dirinya antara mahu dan tidak mahu tinggal di asrama. Mula-mula tinggal di asrama menangis tidak tentu arah dan kerap menelefon ke rumah.
Sebelum subuh lagi dialah yang mengejutkan kami dengan deringan telefon. Dalam sehari antara lapan atau enam deringan pasti berbunyi. Sebelum subuh, sudah subuh, pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam. Saya dan suami setia menunggu di sisi telefon dan mendengar apa tajuk butir percakapannya.
Kini sudah tiga tahun berlalu. Uzma semakin matang melalui zaman remaja. Namun kami sekeluarga tetap mengunjunginya setiap hujung minggu jika dia berada di asrama.
Nekad Uzma untuk tinggal di asrama kerana hendak mengikuti jejak langkah abangnya yang ketika itu tinggal di asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.
Buat anak-anak;
"Ummi merestui apa sahaja kemahuan dan minat anak-anak, asalkan jalan-jalan itu mendapat keredaan Allah. Teruskan usahamu dengan bersungguh-sungguh, pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk kita."
Salam kasih,
Ummi.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan