Jumaat, Jun 29, 2012

REZEKI MELIMPAH RUAH.

Lebih cantik dan menarik.     
Rezeki yang kita dapat hasil dari berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh, mesti ada bahagian yang kita infak untuk jalan Allah. Jangan takut untuk memberi kepada yang sepatut dan selayak untuk menerimanya. Orang-orang miskin, kaum kerabat yang terdekat, anak-anak yatim yang memerlukan, masjid-masjid dan sebagainya.

Mencontohi Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang sentiasa memberi tanpa mempersoalkan apa ganjaran yang akan mereka perolehi. Memberi tidak semestinya menunggu untuk kita menjadi kaya raya atau jutawan. Selalulah memberi dalam keadaan yang susah ataupun senang. Allah SWT pasti menilai sejauh mana keikhlasan seorang hamba. 

 "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang dibawah itu peminta."       


Tiada ulasan: