Khamis, Jun 28, 2012

ALLAH MAHA ADIL.

Minat saya dalam dunia penulisan membuka ruang dan peluang di dalam bidang-bidang yang lain. Saya gabungkan kesemuanya sebagai landasan untuk memperbaiki dan meningkatkan diri. 
Menulis sebagai medan dakwah yang cukup luas untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 
Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada setiap makhluknya dalam mengurniakan kemahiran atau bakat yang ada. Tetapi sejauh manakah manusia menyedari dan mencungkil atau menggali sesuatu yang ada pada diri kita untuk memberi manfaat kepada manusia yang lain? 
Jika kita menyedari hakikat ini, kita tidak akan melengah-lengahkan masa yang dimiliki. Setiap saat dan detik mempunyai nilai yang sangat berharga untuk kita menjadikannya sebagai ibadah dalam erti kata yang sangat luas. 
Mari kita renung sejenak dan fikirkannya, agar kita sentiasa bersemangat untuk berusaha sesuatu yang boleh memberikan kita  kejayaan bukan sahaja di dunia ini, malahan bekalan terbaik untuk dibawa ke akhirat sana.     

Tiada ulasan: