Jumaat, Mei 18, 2012

UJIAN KEHIDUPAN.

Hari-hari berlalu begitu pantas terasa. Hari dan bulan silih berganti. Tanpa jemu dan rehat, pertukaran malam dan siang tetap berlaku. Usia semakin bertambah dan bertambah. Anak-anak semakin dewasa dan menuju kematangan hidup. Pengalaman yang dilalui memberi erti kehidupan yang sebenar. 

Hidup tidak selalunya indah dan hidup juga tidak selalunya susah. Susah, senang, suka dan duka silih berganti. Cuma bagaimana kita menghadapi cuaca kehidupan? 

Apa yang penting masa susah tetap ingat pada Allah, masa senang tetap ingat pada Allah. Di situ nanti kita akan mendapat keberkatan dalam hidup. Berkat dalam erti kata memiliki ketenangan hati. Ia sangat berkait rapat dengan soal hati. Hati yang sentiasa ingat pada Allah dalam apa situasi yang dihadapi. Hati tenang dan ada kekuatan menghadapi apa jua cabaran yang datang dalam kehidupan. Pergantungan kepada Allah sangat kukuh dan sentiasa memohon akan pertolongan-Nya.      

Salam kasih sayang dan kedamaian, 
Bersama anak-anak saudara di Batu Feringgi , Pulau  Pinang. 
Zuhriah Mohamad Juoi. 



Tiada ulasan: