Sabtu, Mei 12, 2012

Dunia Buku - MUSTAFA KAMAL ATATURK


Buku Mustafa Kamal Ataturk ditulis oleh Abdul Latip Talib. Baru-baru ini anak bujang saya membelinya di pesta buku di PWTC. Dapat sahaja buku ini habis ditatap dan dibaca penuh khusyuk. Wah! Dia menyendiri seketika untuk menghabiskan membaca buku itu. Akhirnya sekejap sahaja dah selesai buku itu dibacanya. 

Beberapa hari kemudian anak bujang saya bertanya:

"Ummi dah baca ke buku Kamal Ataturk tu? Bacalah buku Kamal Ataturk tu! Seronok....kisahnya detail." 

Saya biarkan sahaja permintaan anak saya itu berlalu... Saya tengok-tengok juga buku tersebut...sekadar adanya sahaja. Masa berlalu.

Suatu hari yang lain...saya lihat suami pula begitu tekun membaca buku yang sama... Mustafa Kamal Ataturk. Ini lagi teruk kesnya... Menyendiri di bilik untuk segera menyelesaikan membaca buku itu. Begitu asyik dan ralit sahaja. Suasana rumah jadi sepi.

Saya merenung kembali, perbuatan anak bujang dan ayahnya...ada persamaan...buku itu memang ada daya tarikannya...

Kisah pengkhianat agama yang hidupnya berpaksikan hawa nafsu semata-mata hingga matinya pun tidak diterima bumi. Kisah nyata yang mendebarkan dan memberi iktibar. Sesungguhnya janji Allah itu pasti...mereka yang menjadi musuh Islam, sebenarnya hanya merosakkan diri mereka sendiri! 

Kini..saya teringat lagi permintaan anak bujang saya...                       
"Ummi bacalah buku tu...best!"

Ya...akan saya penuhi permintaannya. Saya perlu mengikuti jejak anak dan suami yang telah pun habis membaca buku tersebut agar semangat untuk memperjuangkan agama Allah terus bersemarak dalam diri.