| Foto kenangan semasa Uzma ditemu bual oleh pihak media di Karangkraf. |
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah, kurniakanlah kami (ad-din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon ya Allah, kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah).
Assalam.
Saya abadikan gambar-gambar di atas untuk menghargai dan bersyukur atas nikmat Allah yang sentiasa melimpah ruah ke atas kami sekeluarga.
Terima kasih ya Allah.
Semua ini menjadikan saya untuk menjadi insan yang lebih bersyukur dan mendidik diri menjadi hamba Allah yang sentiasa ingin memperolehi keberkatan hidup. Bahagia di dunia dan bahagia juga di akhirat sana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan