Kelas itu saya adakan untuk orang-orang dewasa mengaji al-Quran khususnya kaum ibu yang ingin meningkatkan bacaan al-Quran secara tartil.
Tanpa jemu dan penuh semangat, itulah caranya saya membantu masyarakat ke arah kembali mendekatkan diri kepada al-Quran. Sikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang tajwid al-Quran dapat dikongsikan bersama walaupun saya bukanlah seorang yang pakar dan hafizah.
Mengharungi perjalanan kehidupan ini, saya merasakan bila kita mempunyai niat yang baik dan betul untuk agama Allah, maka Allah akan memudahkan perjalanan perjuangan ini. Bagaikan terbayang-bayang di ruang mata bagaimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat memperjuangkan Islam dan sehingga ke hari ini kita menikmati indahnya agama Islam itu. Apa lagi jika kita dapat mengamalkan Islam pada diri, keluarga dan juga masyarakat. Pasti kita akan menjadi umat yang cemerlang lagi terbilang.
Mereka yag menghadiri kelas pengajian al-Quran ini, pastinya dapat merasakan keberkatannya. Hidayah dan taufik datangnya daripada Allah SWT. Kita bukan sekadar datang mengaji al-Quran tetapi dapat juga mengeratkan ukuwah sesama masyarakat. Itulah keberkatan yang saya maksudkan.
Keindahan al-Quran itu apabila dibaca, difahami lebih-lebih lagi diamal dan diperjuangkan, pastilah bertimbun-timbun pahala dan manfaat dunia dan akhirat yang kita perolehi. Insya Allah.
UMRAH 2013
Berita terkini pula ramai di antara mereka yang menghadiri kelas pengajian ini yang merancang untuk pergi menunaikan umrah pada tahun 2013 nanti. Moga ia dimudahkan oleh Allah terutamanya buat mereka yang pertama kali mahu menjadi tetamu Allah dan teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Makkah.
Buat para pembaca yang budiman sekalian, anda juga turut dipelawa bersama kami untuk menyertai UMRAH 2013 nanti. Info-info terkini mengenai UMRAH 2013 akan saya nyatakan pada entri yang seterusnya. Insya Allah.
Salam kasih sayang berpanjangan buat pembaca,
Zuhriah Binti Mohamad Juoi.
Pengasas ZMJ IQRA TRAINING.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan