Ahad, April 22, 2012

MENCONTOHI WANITA SOLEHAH.


Menoleh ke belakang, muhasabah diri sendiri. Terasa jauh perjalanan ini, masa sudah menjadi terlalu singkat dan akan sampai ke penghujungnya. Janji yang sudah pasti iaitu kematian yang sedia dan setia menanti. Meniti perjalanan hidup dan menyediakan bekalan untuk menuju ke akhirat sana. Jalan-jalan mestilah selamat dan tidak menyimpang dari hal-hal keimanan dan ketakwaan menuju keredaan Allah.

Peribadi-peribadi wanita solehah hendaklah dijadikan contoh dalam diri. Walaupun seratus peratus tidak sesempurna mungkin, namun niat yang baik ini sudah mendapat nilaian di sisi Allah. Perjuangan Siti Khadijah sudah terunggul lagi terbilang. Seorang isteri, seorang usahawan, seorang ibu dan seorang yang sangat membantu  perjuangan seorang suami tercinta iaitu Rasulullah s.a.w.  

Jika disebut perjuangan menegakkan Islam bukan sekadar harta benda, wang ringgit tetapi nyawapun sanggup dikorbankan. Besarnya jiwa, semangat pengorbanan dan keimanan mereka kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Itu hanya mengambil contoh seorang isteri Rasulullah s.a.w yang bernama Siti Khadijah. 

Moga semangat perjuangan Siti Khadijah berada juga di dalam jiwa-jiwa kita. Mengenangkannya merupakan satu semangat yang membakar jiwa dan minda untuk terus kuat menghayati hidup secara keseluruhannya dalam menegakkan Islam pada diri, keluarga dan juga masyarakat.      

Tiada ulasan: