Sebagai orang yang bekerja sendiri dan juga surirumah tangga sepenuh masa, motivasi diri perlu saya bina sendiri dan sentiasa berkobar dan segar. Rasulullah s.a.w suka umatnya berusaha daripada hidup meminta-minta. Mencari kayu bakar di hutan dan menjualkannya adalah lebih baik daripada duduk berzikir di masjid dan mengharapkan pemberian dari orang ramai. Islam mengajar umatnya menjadi rajin berusaha dan setelah itu baru bertawakal kepada Allah.
"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Jumaat, Februari 17, 2012
CATATAN BERTERUSAN.
Masa terus berlalu. Impian dan cita-cita semakin menebal dan saya mengejar untuk meraihnya. Mencungkil potensi diri tanpa perlu memikirkan orang lain. Bekerja dan berusaha sehebat mungkin untuk melahirkan sesuatu yang juga hebat. Insya Allah. Saya terus berusaha untuk memantapkan diri sebagai penulis yang buah fikiran dan pengalamannya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Tanpa menoleh ke belakang, saya meneruskan perjalanan ini. Berbekalkan akal fikiran yang dikurniakan Allah, saya ingin menjadi hamba Allah yang mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w. Andainya saya mampu menjadi hamba yang taat kepada Allah dan Rasul, insya Allah saya akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Jalan-jalan sudah terbentang dan tersedia di dalam al-Quran sebagai panduan untuk saya ikuti.
Sebagai orang yang bekerja sendiri dan juga surirumah tangga sepenuh masa, motivasi diri perlu saya bina sendiri dan sentiasa berkobar dan segar. Rasulullah s.a.w suka umatnya berusaha daripada hidup meminta-minta. Mencari kayu bakar di hutan dan menjualkannya adalah lebih baik daripada duduk berzikir di masjid dan mengharapkan pemberian dari orang ramai. Islam mengajar umatnya menjadi rajin berusaha dan setelah itu baru bertawakal kepada Allah.
Sebagai orang yang bekerja sendiri dan juga surirumah tangga sepenuh masa, motivasi diri perlu saya bina sendiri dan sentiasa berkobar dan segar. Rasulullah s.a.w suka umatnya berusaha daripada hidup meminta-minta. Mencari kayu bakar di hutan dan menjualkannya adalah lebih baik daripada duduk berzikir di masjid dan mengharapkan pemberian dari orang ramai. Islam mengajar umatnya menjadi rajin berusaha dan setelah itu baru bertawakal kepada Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan