Salam Syawal buat pembaca yang budiman,
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia untuk bertemu di bulan syawal 1432 H ini. Ramadan telah berlalu, hanya tinggal kenangan manis. Masa tadarus, berbuka, solat terawih dan qiyamulail di masjid bersama kawan-kawan AJK Muslimah Masjid, masih terasa segar dan memberi kekuatan untuk terus bersemangat menyuburkan rasa cinta dan manisnya dalam melakukan ibadah. Moga rasa-rasa tenang dan bahagia dalam mengingati Allah ini dapat dikekalkan sehingga saat akhir kehidupan ini.
Bersyukur yang berpanjangan, bila hari raya tahun ini, kami sekeluarga dapat bertemu ayahanda dan bonda yang tercinta di kampung halaman. Bila dapat menatap wajah ke dua ibu bapa, satu kegembiraan dan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan melalui ucapan.
Pastinya ada yang tertanya-tanya, agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Sebenarnya ada sedikit masalah yang berlaku pada komputer riba, mengambil masa juga untuk membaikinya. Alih-alih untuk memudahkan keadaan memiliki note book Asus sudah memadai bagi saya. Bila sudah memilikinya, bermulalah satu perjuangan. Moga dimudahkan Allah untuk terus menulis...
Salam Syawal yang penuh dengan kasih sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan