Ketika saya membaca blog orang lain, saya dapati telah ada antara puisi-puisi yang diambil dari petikan buku TERIMA KASIH TUHAN. Syukur ke hadrat Allah. Sesungguhnya itulah saham saya di akhirat, secara tidak langsung bukan sahaja memotivasi diri sendiri malahan dapat dimanfaat oleh masyarakat. Tiada lain yang mampu saya ucapkan melainkan rasa syukur yang berpanjangan.
Misalnya, puisi yang bertajuk DALAM DIRI, saya telah terbaca di dalam blog seseorang. Blognya cantik dan ramai pengunjungnya. Terima kasih juga kepada yang empunya blog.
Buat tatapan pembaca, marilah kita hayati semula apa yang menariknya puisi DALAM DIRI ini, saya poskan juga di blog ini.
Dalam Diri.
Menoleh ke dalam diri
Usah terasa kecil
Lihatlah apa uniknya diri
Pasti ada sesuatu yang istimewa
Demi menggapai kecemerlangan hidup
Tetapi manusia tidak sedar
Terlalu lalai dan alpa
Perlu ada anjakan paradigma
Dalam menilai diri sendiri
Fokuskan pada yang positif
Moga terus cemerlang
Untuk peningkatan diri
Segala kekurangan diri
Terus dibaiki bukan hanya menyerah
Dan mengakuinya
Pupuklah bakat dan minat
Suluhlah ke dalam diri
Moga berkilau sebutir mutiara
Perlu dibajai setiap hari
Agar kemilaunya bergemerlapan
Menyemarak diri.
Nukilan,
Zuhriah Mohamad Juoi.
(Petikan dari buku Terimakasih Tuhan...)