Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,
Dua minggu cuti sekolah telahpun berlalu. Cuti sekolah kali ini, hujung minggunya dipenuhi dengan menghadiri majlis perkahwinan anak-anak saudara. Sabtu pertama anak saudara belah suami dan sabtu keduanya pula anak saudara di sebelah saya. Hari jumaat sudah mula sibuk kerana majlis dilakukan secara bergotong royong.
Saya dan suami menolong juga sekadar yang termampu. Mencari pengalaman melihat bagaimana saudara mara yang lain menguruskan sebuah majlis perkahwinan. Pendek kata jika kita berbaik dengan jiran tetangga dan saudara mara, mereka tidak akan lokek untuk membantu kerja-kerja memasak, membasuh pinggan mangkuk dan apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh tuan rumah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah.
Menghadiri majlis perkahwinan anak-anak saudara ini, bertambah meriah dengan pertemuan di kalangan saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan lama yang jarang dapat bertemu. Ceria dan gembira dapat berbual-bual bertanyakan khabar masing-masing. Rasa kemesraan dapat dipanjangkan dan menjadi kenangan yang indah dalam hidup.
Buat pengantin baru, pastinya ada hadiah yang istimewa dari saya. Pastilah buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA ini, sangat bersesuaian dengan hari gembira anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan