Isnin, April 11, 2011

BAKAT DI DALAM DIRI.

Jika dulu, saya selalu menoleh ke dalam diri, apakah kemahiran atau bakat yang ada pada saya. Rasanya saya tidak mempunyai apa-apa kebolehan. Saya pening dalam mencari arah diri.

Hinggalah saya benar-benar menyedarinya bila terlalu banyak masalah hidup yang menimpa. Bila saya benar-benar terasa kusut dalam hidup, saya akan beralih kepada sebatang pen dan buku catatan. Bila saya mula menulis dan mencoretkan apa sahaja yang dirasakan, semuanya menjadi mudah dan saya merasai satu kepuasan.

Mungkin di situlah, lahirnya kepuasan dalam menulis. Ianya menyebabkan saya mengenali diri dan lebih mendekatkan saya dengan Tuhan...Allah yang Maha Pencipta.

Terima kasih ya Allah, di atas kurniaan ini.

Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

Tiada ulasan: