Rabu, Julai 14, 2010

DALAM SUSAH ADA SENANG.

Tiga minggu yang lepas saya dikejutkan dengan suatu panggilan telefon. Khabarnya anak saya separa kritikal di hospital Ipoh. Maklum sahajalah tinggal di asrama, mungkin demam panas yang dialami, disangkakan biasa-biasa sahaja. Wal hal panasnya telah menjangkau 40 darjah C.

Saya dan suami kalut. Kami meredah malam itu juga menuju ke Ipoh. Anak sudah boleh keluar dari wad hospital. Tetapi perlu rawatan susulan selepas 3 hari, untuk pemeriksaan darah. Kami membawa pulang Habib.

Setelah tiga hari, demam panas masih berulang dan tiada kebah. Kami membawanya ke hospital Sungai Buloh. Doktor mengatakan Habib perlu masuk wad, kerana platelet (papan darahnya) semakin rendah. Huh! Jantungku berdebar lagi.

Bila di wad, rawatan yang diterima hanyalah masukkan air. Sebotol silih berganti. Akhirnya berpuluh botol berganti air. Ubat demam diberikan sekali sekala. Alternatif lain, saya cuba memberikan 20 lingzhi dan 40 polen (produk Shuang Hor) dalam sehari. Habib baru ambil 10 yangkien lingzhi dan 10 polen. Esoknya bila doktor memeriksa darah, plateletnya telah naik secara mendadak. Tinggallah saya di wad hospital itu untuk memastikan Habib menelan 20 lingzhi dan 40 polen dalam sehari. Cukup tiga hari (mungkin 60 yung kien linzhi dan 120 polen) platelet terus naik sampai ke 122.

Akhirnya doktor membenarkan pulang ke rumah dengan kadar yang segera. Ini berbeza dengan pesakit yang lain (hanya menerima rawatan doktor, terpaksa tinggal di wad berbelas hari).

Saya sangat bersyukur dengan keadaan ini. Selain mendapat rawatan doktor, saya ada cara lain (makan lingzhi dan polen) untuk meningkatkan platelet. Walaupun harganya mahal, tetapi soal nyawa tiada tolok bandingnya. Duit masih boleh dicari dan diusahakan. Penyakit yang menimpa anak saya ialah dengue hemogharrhic.

Wah! Memang suatu pengalaman yang sangat menggetarkan jiwa. Melihat anak sakit dan orang-orang lain sakit. Tinggal di wad selama tiga hari. Duduk di wad lelaki pula. Melihat orang-orang terbaring ditimpa sakit. Ah! Besarnya nikmat sihat itu. Dirasakan suatu pengalaman yang sangat mencabar. Nak solat terpaksa naik dan turun lif. Berjalan seorang diri melihat pemandangan di hospital tengah malam dan suasana sunyi sepi sangat dirasakan.

Suatu pengalaman yang sangat mahal. Idea juga untuk dijadikan bahan penulisan nanti. Setiap musibah, ada hikmahnya.

Tiada ulasan: