
Dia sangat berminat dengan Bahasa Perancis. Sedang belajar Bahasa Perancis. Alhamdulillah, moga dia dapat menguasai Bahasa Perancis dengan baik. Kelebihan menguasai pelbagai bahasa, akan memudahkan dirinya juga.
Tahun 2010 Uzma baru dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Minatnya pada buku memang sedari kecil lagi. Mainannya semasa kecil adalah terdiri dari buku-buku dan anak patung. Teringat masa umurnya 3 atau 4 tahun dulu, dia suka bermain jual buku-buku.
"Butu...butu...katanya sambil tangan kanan dan kirinya menjinjit buku dalam beg plastik. (Masa itu percakapannya masih pelat lagi).
Ini dilakukan kerana pada tiap-tiap petang ada orang jual kuih di sekeliling rumah dengan menjerit kuih...kuih... Maka diapun meniru orang menjual kuih itu.
Begitulah kisahnya. sedari kecil dia memang anak yang aktif dan berani. Sehinggakan dah tersenguk-senguk pun masih tidak mahu tidur lagi.
Secebis kenangan yang lalu, kini anak-anak sudah meningkat remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan