Jumaat, April 09, 2010

PETUA MENULIS.

Mula-mula tulis apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di fikiran. Apa lagi jika ketiadaan mood. Jangan ikutkan sangat. Buka laptop, tekan-tekan apa sahaja. Nanti dengan sendirinya ada idea.

Dan menaip akan lancar sekali. Masa itu nanti, dah seronok menulis. Tidak terasa lagi bahu yang mula sakit dan leher yang dah tegang. Kesudahannya barulah terasa lapar. Oh...baru teringat;

"saya belum bersarapan lagi."

Lantas memakan apa yang ada (sekadar melapik perut). Sedikit biskut, roti dan juga air teh, sudah memadai buat diri saya. Lantas meneruskan kerja-kerja penulisan. Menulis dari hati. Moga hasilnya akan jatuh juga ke hati pembaca.

Tiada ulasan: