Selasa, April 27, 2010

MENULIS DI BLOG.

Dulu, semasa mula menulis di blog, terasa canggung sedikit. Macam ia tak ia sahaja. Tetapi bila sudah mula menulis, rasa seronok dan ghairah pula. Ada sahaja peristiwa yang menarik, dan apa yang berlaku pada hari itu, rasa hendak menuju sahaja ke arah komputer riba yang tersedia di atas meja menulis. Agar segalanya dapat diluahkan. Pasti selepas itu satu kepuasan diri dapat dirasai.

Kelebihan menulis di blog, lebih santai dan ceria. Hasilnya dapat dilihat cepat. Di samping menulis kita boleh sertakan apa sahaja gambar-gambar yang dirasakan menarik. Saya merasa terhibur dengan kecanggihan teknologi terkini. Segala-galanya kelihatan mudah dan cepat.

Tiada ulasan: