Sabtu, April 24, 2010

' INSYIRAH NASYID ' - MENGHIBURKAN.





Inilah dia KUMPULAN INSYIRAH. Kumpulan nasyid anak-anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Saya tubuhkan dibawah BIRO MUSLIMAH Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala.

Latihan nasyid hanya dibuat pada cuti sekolah sahaja. Suatu aktiviti yang dibuat untuk menarik anak-anak remaja khususnya perempuan untuk mengimarahkan masjid. Tidak dinafikan sekarang anak-anak mudah terikut-ikut dengan gejala sosial. Ibu bapa pastinya bimbang dengan keadaan yang begini. Berhibur tidak salah, tetapi bentuk hiburan yang bagaimana sesuai dengan anak remaja?

Bernasyid merupakan satu alternatif untuk mereka berhibur. Cara yang lebih sopan dan ianya tidak melalaikan. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bila KUMPULAN INSYIRAH membuat persembahan, pasti penonton (anak-anak dan orang dewasa) terpegun. Majlis menjadi sunyi, yang terdengar hanyalah dendangan nasyid dari Kumpulan Insyirah sahaja. Begitulah fitrah manusia yang memerlukan hiburan bernasyid untuk makanan bagi rohani kita.

Tiada ulasan: