Sedang menyiapkan buku baru. Tetapi tidak siap-siap juga. Ada sahaja kerja-kerja yang perlu diuruskan. Misalnya ziarah anak di asrama sekolah. Suami pula tidak berapa sihat. Ke sana-sini, lepas itu dah penat. Mood hendak menulis pun dah hilang. Dalam hati ini, memang nak siapkan sangat buku tu. Selalunya untuk menyiapkan sebuah buku baru memang penuh dengan ujian atau halangan. Kena kuat jiwa dan tidak lemah semangat.
Moga aku dapat menyiapkan buku tersebut. Satu kepuasan buat seorang penulis adalah menulis buah fikirannya sendiri. Bukan menciplak dari tulisan orang lain. Moga Allah memberi kekuatan diri untuk menyiapkan buku tersebut. Ya Allah! Bantulah hamba-Mu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan